Membawang Hari Ini

Syamsul Debat Mula Diintai Pengarah

PETALING JAYA: Personaliti program motivasi dan keagamaan, Syamsul Debat bersedia meneroka bidang lakonan dengan lebih serius, malah berminat mencuba pelbagai watak di luar perwatakan sebenarnya.

Pemilik nama sebenar Syamsul Amri Ismail, 41, itu berkata, percubaan pertama membintangi filem This Is Pilah: The Movie menjadi pembuka laluan meneroka cabang baharu yang mencabar kemampuannya.

Begitupun katanya, dia perlu melihat kesesuaian masa sebelum menerima sebarang tawaran memandangkan jadual harian sedia padat dengan jemputan ceramah.

“Dalam This Is Pilah: The Movie, saya menjadi diri sendiri. Disebabkan watak yang dijayakan tidak jauh berbeza dengan tugasan harian saya, mudah untuk merealisasikan karakter itu.

“Namun, jika ada pihak yang mahu saya membawa karakter lain seperti samseng atau sebagainya, saya tiada masalah mencuba. Tetapi, bukan watak atau babak yang boleh mengundang kontroversi.

“Selepas berita saya berlakon tersebar, ada juga pengarah dan syarikat produksi yang merisik-risik. Tetapi, belum ada yang serius mengajukan tawaran. Mungkin mereka fikir saya hanya selesa menjadi diri sendiri,” katanya ketika ditemui pada majlis previu This Is Pilah: The Movie, lapor BH Online.

Filem komedi romantik terbitan Madness Film Sdn Bhd yang memulakan tayangannya semalam membariskan penyanyi rap, Juzzthin dan bakat baharu, Zaidatul Iesna selain Kazar Saisi, Ebby Yus, Joey Daud dan Waris.

Produksi yang mengangkat Adat Perpatih dan menggunakan sepenuhnya dialek Negeri Sembilan berkisar mengenai dua kekasih yang mendapat halangan mendirikan rumah tangga disebabkan berasal dari suku yang sama.

Mengulas mengenai kes membabitkan dakwaan skandal dengan isteri orang, katanya isu itu sudah dijelaskan pada sidang media sebelum ini, malah dia juga memberi keterangan kepada pihak polis pada akhir Mac lalu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");