Perak Hari Ini

Syarikat GLC Berbelanja Tidak Masuk Akal-MB Perak

IPOH:Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu mendedahkan terdapat perbelanjaan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) utama di negeri ini yang melebihi kos serta disifatkan tidak masuk akal.

Katanya, syarikat tersebut tidak membuat keuntungan yang besar namun mempunyai kos perbelanjaan yang tinggi.

“Saya perlu mengambil pendekatan mengecilkan lebihan kos iaitu terpaksa memecat ramai pekerja. Namun ia akan menyebabkan sebilangan besar hilang punca pendapatan jadi kita akan cuba selesaikan dengan cara bijaksana,” katanya ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Tambun Berhari Raya bersama Pakatan Harapan di Tanjung Rambutan di sini hari ini.

Malah katanya, tindakan memecat tujuh pegawai eksekutif di salah sebuah syarikat GLC terbabit telah berjaya mengurangkan kos sebanyak RM150,000.

Terdahulu dalam ucapan beliau berkata pelbagai langkah diambil bagi mengurangkan perbelanjaan kerajaan dan penjimatan termasuk mengenalpasti GLC yang bermasalah.

“Dalam masa satu hari 7 orang pegawai pangkat tinggi telah dipecat dan ia menjimatkan RM150,000 sebulan tetapi jangan fikir kita boleh terus kosongkan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP), Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (PPPNP) serta Perbadanan Menteri Besar (MB Inc) tidak boleh begitu.

“Ada satu GLC telah guna perbelanjaan bagi membayar gaji dan sewa pejabat dan kereta sehingga mengalami lebihan kos sehingga RM1.6 juta tapi Pakatan Harapan amalkan politik kasih sayang bukanya  menjatuhkan orang.

“Jika ada 11 orang pemandu kereta sebenarnya tak perlu jumlah itu tetapi jika pecat semuanya 11 keluarga hilang punca pendapatan jadi kita ambil keputusan bijaksana ketuanya sudah dipecat,”katanya.

Sementara itu beliau turut menyatakan semua barisan exco tidak akan membeli dan menggunakan kereta baru sebaliknya menggunakan kereta sedia ada atau kenderaan sendiri.

“Kami tidak membeli kereta baru dan akan pakai kereta sedia sebagai langkah penjimatan agar setiap wang dapat beri perkhidmatan pada rakyat walaupun sepatutnya selepas lima tahun kereta digunakan jumlah perjalanan akan tinggi tetapi saya ambil keputusan tidak mengambil apa-apa kereta baru untuk tahun ini malah akan ada pengumuman lelongan kereta oleh syarikat glc kelak,”katanya.

Beliau turut memberi cadangan agar tiada penganjuran jamuan disediakan selepas mesyuarat, perjumpaan dan sebagainya untuk langkah penjimatan.

“Namun bagi jamuan penting seperti jamuan hari raya ia dibenarkan tetapi bagi jamuan selepas mesyuarat rasanya tidak perlu,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");