Membawang Hari Ini

Syawal Bermakna Buat Siti Nurhaliza Kerana Mu Siti Aafiyah

PENYANYI Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin mengakui teruja untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri buat kali pertama sebagai ibu dan bersama anak perempuannya Siti Aafiyah yang kini berusia tiga bulan.

Siti, 39, berkata, hari raya kali ini sudah pasti memberi kelainan kerana sebelum ini selama 12 tahun dia beraya bersama suami dan ahli keluarga terdekat sahaja.

“Saya memang teruja kerana 12 tahun saya beraya bersama suami sahaja. Dulu persiapan hanya untuk suami, anak-anak buah, duit raya dan kuih raya.

“Sekarang saya sibuk fikir persiapan untuk anak sahaja,” ujarnya laporan oleh mStar Online.

Siti bernikah dengan Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa pada 21 Ogos 2006 di Masjid Wilayah Perseketuan.

Pasangan ini menimang cahaya mata selepas 11 tahun berkahwin iaitu pada 18 Mac lalu.

Penyanyi lagu Comel Pipi Merah ini berkata, dia sudah menempah empat pasang baju raya yang sama dengan anaknya itu untuk bergaya pada hari Lebaran.

“Sudah tentu ada baju sepasang dengan anak. Saya sudah tempah empat pasang untuk hari raya ini.

“Selain itu, Aafiyah pakai baju kasual yang peminat saya hadiahkan. Banyak sebenarnya yang belum pakai lagi,” ujarnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");