Perak Hari Ini

Tak Akan Rombak Jika Ada Ketua Kampung Dikekalkan

IPOH:Kerajaan negeri memberi jaminan tiada sebarang rombakan bagi jawatan Ketua kampung dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) sekiranya calon lama dipilih supaya dikekalkan.

Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Pendidikan Islam, Industri, Luar Bandar dan Pembangunan Usahawan, Asmuni Awi berkata sekiranya kriteria jawatan itu dipenuhi pastinya keputusan tersebut akan dihormati tanpa sebarang rombakan atau pindaan mengikut kemahuan dirinya sendiri.

“Proses lantikan ketua kampung bagi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) melibatkan komponen parti Pakatan Harapan kini berada pada tahap 70 peratus selesai dan proses lantikan akan bermula pada 1 Julai ini dan dilaksanakan secara berperingkat.

“Ada sedikit penambahan dan pengurangan tetapi dengan semangat kerjasama Pakatan Harapan semua masalah dapat diselesaikan dan kerjasama diberikan dalam proses pemilihan adalah baik,” katanya ketika ditemui pada majlis rumah terbuka Aidil fitri dengan kerjasama Amanah Tambun di kediaman di Meru Height di sini hari ini.

Katanya, tidak kesemuanya pemilihan ketua kampung ditukar kepada calon yang baru sebaliknya masih terdapat JKK terdahulu yang dikekalkan kerana kebebasan memilih diberikan sepenuhnya kepada ahli JKK memilih calon masing-masing.

“Jika mereka selesa dengan calon yang lama kita hormati tak kira parti mana sekalipun tetapi paling penting kriteria yang ditetapkan iaitu mesti menetap di kawasan itu, bukan seorang muflis, berakhlak baik serta boleh diterima oleh penduduk setempat,” katanya.

Katanya lagi, sekiranya kesemua syarat dan kriteria dipenuhi bagi mengisi jawatan Ketua Kampung telah dipenuhi pastinya keputusan itu akan dihormati tanpa sebarang rombakan atau pindaan mengikut kemahuan dirinya sendiri.

“Ada muka lama dan ada muka baru jika mereka selesa dengan muka lama kita hormati keputusan mereka malah ada juga ketua kampung yang muda,” katanya.

Pada majlis tersebut turut kelihatan Exco negeri, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang hadir bersama keluarga serta penduduk setempat.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");