Panasnya Hari Ini

Tok Pa Tolak Jawatan Presiden

KOTA BHARU: Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed, menolak untuk bertanding merebut jawatan Presiden UMNO dalam pemilihan parti itu tidak lama lagi.

Malah, beliau turut menegaskan tidak akan dipertimbangkan jawatan Timbalan Presiden atau Naib Presiden UMNO dan sebaliknya hanya akan mempertimbangkan sama ada mempertahankan jawatan ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO dalam pemilihan itu nanti.

“Terima kasih kepada rakan yang beri semangat kepada saya untuk bertanding jawatan tertinggi dalam parti tetapi saya tidak ada kemampuan fizikal, stamina dan kewangan untuk bertanding jawatan Presiden, bagaimanapun akan mempertimbangkan untuk bertanding jawatan MT.

“Namun, saya masih belum berdaftar sebagai calon, tetapi perkara ini sudah dimaklumkan kepada pemimpin UMNO negeri yang lain,” katanya ketika ditemui pada Majlis Makan Colek anjuran Kelab Media Kelantan Darul Naim (KEMUDI) di sini, malam tadi, sebagaimana dilaporkan BH Online.

Mengulas mengenai cadangan akar umbi supaya Ketua UMNO Bahagian Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah bertanding jawatan itu, Ahli Parlimen Jeli itu berkata ia juga belum diputuskan.

“Ku Li masih belum ada keputusan dan tidak menyatakan pendirian dalam perkara ini (bertanding jawatan presiden).

“Kita sudah adakan perbincangan dengan pemimpin kanan UMNO Kelantan dan akan selaraskan supaya ada calon dari Kelantan bertanding jawatan tertinggi UMNO,” katanya.

Tambah Mustapa, calon Presiden nanti perlu seorang tokoh yang berwibawa dan mampu menyatu padukan parti supaya lebih kukuh.

“Kita mahu UMNO bangkit lebih kuat dan jika memilih calon yang tidak berwibawa dan tokoh yang dipertikaikan, ia akan menjejaskan usaha untuk pulihkan parti,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");