Berita Hari Ini

TRX City Buat Laporan Polis 1MDB Seleweng Dananya

TRX City Sdn Bhd (TRXC) membuat laporan polis Jumaat lalu berhubung pemindahan dana syarikat itu kepada syarikat pelaburan negara kontroversi, 1MDB.

“Pemindahan ini dibuat berdasarkan arahan 1MDB dan dialihkan dari kegunaannya yang digunakan untuk projek Tun Razak Exchange (TRX) dan Bandar Malaysia.

“Kira-kira RM3 bilion dipindahkan dari TRXC kepada 1MDB antara pertengahan 2012 hingga awal 2017, ketika entiti itu adalah anak syarikat 1MDB dengan pemahaman bahawa ia akan dibayar balik kepada TRXC,” kata syarikat itu dalam satu kenyataan media.

Laporan polis itu dibuat susulan pengumuman oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng minggu lalu bahawa TRXC akan memberi kerjasama penuh kepada polis.-Mkini

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");