Berita Hari Ini

Tun M Jangka Najib Akan Didakwa Dalam Masa Terdekat

JAKARTA: Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menjangkakan Datuk Seri Najib Tun Razak akan didakwa di mahkamah tidak lama lagi.

Tegasnya, salah laku Najib melibatkan penyelewengan wang dan kuasa termasuk menggunakan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) telah merosakkan sistem negara.

“Ada yang bertanya kenapa begitu lama tiada tindakan yang diambil terhadap Najib tetapi beri layanan sebagai mantan Perdana Menteri kepada Najib.

“Saya fikir tidak lama lagi (Najib) akan didakwa di mahkamah. Untuk membawa kes ini kita perlu bukti yang cukup supaya tidak kalah dalam perbicaraan di mahkamah,” katanya di sini semalam, sebagaimana dilaporkan Astro Awani.

Beliau berkata demikian ketika berucap di hadapan kira-kira 300 rakyat Malaysia yang menetap di Jakarta di Kedutaan Besar Malaysia di sini dalam Sesi Khas Bersama Perdana Menteri.

Beliau pada masa sama menegaskan bahawa tidak akan teragak-agak mengambil tindakan menyingkirkan mana-mana pemimpin yang terlibat dalam amalan rasuah dan penyelewengan kuasa.

Menurut beIiau, selagi terdapat pemimpin yang tidak amanah, kerajaan tidak akan mampu memulihkan kerosakan yang berlaku dalam negara.

“Sistem pentadbiran negara sedia ada berada di landasan namun masih terdapat ruang yang harus diperbetulkan,” katanya.

Dr. Mahahir berada di sini bagi mengadakan lawatan rasmi selama dua hari selepas memegang jawatan Perdana Menteri buat kali kedua pada 10 Mei lalu.

Ketibaan beliau ke sini yang diiringi isteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali sebelum itu disambut oleh Presiden Indonesia, Joko Widodo dan isteri, Iriana Widodo di Lapangan Terbang Halim Perdanakusuma.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");