Jenayah

Tunggang Lawan Arus, Tiga Cedera Di Jambatan Pulau Pinang

GEORGE TOWN: Tiga orang cedera dalam kemalangan membabitkan empat buah kenderaan di susur masuk ke Jambatan Pulau Pinang malam tadi.

Kemalangan berpunca akibat tindakan seorang lelaki yang menunggang motosikal secara melawan arus.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Anuar Omar memaklumkan lelaki berusia 22 tahun itu memasuki Jambatan Pulau Pinang secara berlawanan arus dan bertembung dengan sebuah motosikal lain.

Akibatnya, motosikal yang dipandu seorang lelaki berusia 26 tahun dari arah Bayan Lepas ke Perai terjatuh sebelum dilanggar sebuah kereta Perodua Kelisa yang kemudiannya dilanggar pula oleh sebuah kereta Chevrolet Cruise.

Katanya, lelaki yang menunggang motosikal secara melawan arus itu turut mengalami kecederaan di kepala selain lebam di muka dan luka di paha kanan lapor Astro Awani.

Pemboncengnya yang juga remaja perempuan berusia 19 tahun juga cedera di bahagian kepala, kaki dan peha.

Kesemua mangsa dibawa ke Hospital Seberang Jaya dan dilaporkan dalam keadaan stabil.

Pemandu kedua-dua buah kereta tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");