Perak Hari Ini

UMNO Bagan Serai Kecewa, Dr Azmi Didesak Lepaskan Kerusi Adakan Pilihan Raya Semula

BAGAN SERAI:UMNO Bahagian Bagan Serai mendesak agar Ahli Parlimen Bagan Serai, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali melepaskan jawatan tersebut dan pilihan raya perlu dilaksanakan semula bagi kawasan tersebut.

Ketua Umno Bahagian Bagan Serai, Datuk Sham Mat Sahat berkata tindakan Dr Azmi keluar daripada UMNO hari ini telah mengecewakan semua pihak terutama penyokong dan pengundi UMNO dan Barisan Nasional (BN).

“Pihak UMNO Bagan Serai berasa kecewa dengan tindakan beliau memilih untuk keluar parti walaupun telah diberikan kemenangan oleh ahli UMNO dan para pengundi di sini buat kali kedua

“Mungkin boleh dijadikan pengajaran bahawa setiap calon nak diketengahkan untuk bertanding sebagai adun dan ahli parlimen kena mempunyai jati diri dan benar-benar menghayati perjuang parti keramat ini,” katanya diminta mengulas mengenai pengumuman keluar UMNO oleh Dr Azmi hari ini.

Katanya, kemenangan Dr Azmi adalah disebabkan oleh undi penyokong UMNO sendiri yang mana calon Pas dan Pakatan Harapan telah tewas pada pilihan Raya Umum ke-14 yang lalu.

“Beliau dapat sokongan dan undi dari penyokong UMNO dan BN tetapi beliau telah melukakan hati seramai hampir 16,000 pengundi di sini,” katanya pada majlis Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi Malinjasuri Kerian Berhad di sini hari ini.

Mengulas dakwaan Dr Azmi bahawa berlakunya tindakan sabotaj terhadap pencalonanya pada pilihan Raya umum ke-14 yang lalu jelas Sham sekiranya benar pastinya Ahli Parlimen itu tidak akan berjaya berjaya memperolehi kemenangan.

“Tidak timbul sabotaj pada pilihan raya saya suka terus terang daripada awal UMNO Bahagian telah menolak beliau menjadi calon di Parlimen Bagan Serai kerana ada beberapa sebab tertentu bagaimanapun pucuk pimpinan iaitu Presiden parti dan Pengerusi perhubungan negeri mahu beliau jadi calon jadi jawatankuasa menerima.

“Saya sebagai ketua UMNO bahagian menerima walaupun telah kemukakan pelbagai alasan untuk memilih calon lain namun ketika saat pengumuman calon saya selaku jawatankuasa bahagian menerima keputusan dan bertungkus lumus berkempen untuk memberi kemenangan.

“Ada tomahan mengatakan kita sabotaj saya nak tanya satu sahaja kalau kita sabotaja saya adalah dia boleh menang?..saya mengaku dari awal kita menolak tetapi keputusan dibuat oleh pucuk pimpinan kita menerima dan bekerja kearah kemenangan,”katanya.

Sham bagaimanapun mengakui berasa sedih berikutan kepercayaan melalui undi telah diberikan kepada Dr Azmi telah disiakan dengan tindakan keluar begitu sahaja meninggalkan parti UMNO.

“Mungkin dia bertugas sebagai ahli parlimen hanya memerlukan peruntukan kewangan bila tiada peruntukan seolah-olah tidak tahu nak menjalankan tugas sebagai wakil rakyat

“Kita sebagai wakil rakyat sama ada pembangkang kerajaan kena trus membantu rakyat dari segala segi walaupun tidak dapat membantu rakyat dari segi pembangunan juga kewangan kita boleh membantu dari segi lain seperti terus membuka pusat khidmat dan membantu rakyat pergi ke jabatan-jabatan tanpa sekatan,” katanya.

Tegasnya beliau akan memaklumkan kepada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengenai situasi yang berlaku kini.

“Dimana-mana sahaja ada orang keluar parti pastinya ada desakan tetapi kita tiada Akta orang yang keluar parti untuk melepaskan kerusi tersebut walaupun ada desakan mereka tidak melepaskan kerusi malah tidak menjadi kesalahan bagaimanapun UMNO bahagian mendesak beliau melepaskan kerusi Bagan Serai dan diadakan pilihan raya semula.

“Pilihan raya semula akan menentukan rakyat di Bagan Serai masih sayangkan UMNO dan BN atau memilihnya.Jika dia ‘gentleman’ dia kena lepaskan kerusi itu dan boleh masuk bertanding atas tiket apa pun dan kita boleh nilai rakyat nak kerusi UMNO atau dia,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");