Panasnya Hari Ini

UMNO Perlu Pemimpin Ada Kredibiliti, Integriti

JOHOR BAHRU: UMNO memerlukan pemimpin yang ada kredibiliti dan integriti bagi mengembalikan kekuatan parti, selain mengetepikan pemimpin terpalit dengan sebarang skandal.

Calon Presiden UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah, berkata ahli UMNO perlu memilih barisan kepemimpinan yang tiada sebarang kontroversi.

“Ahli UMNO perlu kemukakan barisan kepimpinan yang profesional dalam membantu mengukuhkan semula parti sekali gus mengurangkan teras defisit dalam kalangan rakyat.

“Pemimpin UMNO jangan berlagak sombong, jangan pandang ke langit semata-mata, sebaliknya pandang rakyat di bawah dan dengar rintih hati rakyat

“Dirikan barisan yang kuat, yang tiada cerita langsung mengenai skandal. Insya-Allah, UMNO akan kembali mendapat sokongan Melayu dan bukan Melayu,” katanya ketika berucap pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri UMNO Johor bersamanya di sini, malam ini lapor Berita Harian.

Turut hadir, Pengerusi Perhubungan UMNO Johor, Datuk Seri Mohamad Khaled Nordin; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Benut, Datuk Hasni Mohammad dan Setiausaha Perhubungan UMNO Johor, Datuk Md Jais Sarday.

Tengku Razaleigh yang juga Ketua UMNO Bahagian Gua Musang, berkata kepimpinan yang terpilih pada pemilihan parti akan datang bakal memikul tanggungjawab besar dan bukan satu kerja yang mudah untuk memulihkan semula UMNO.

“Pemilihan kali ini bukan untuk memilih mereka menjadi Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri mahu pun mengejar jawatan, kontrak atau projek.

“Saya sendiri hendak bantu kukuhkan UMNO. Ini bukan kerja mudah, ini kerja hendak bangunkan orang Melayu, mantapkan parti orang Melayu supaya mendokong perjuangan kita,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");