Perak Hari Ini

Utamakan Keselamatan Anak-Anak Semasa Pulang Beraya-MB Perak

IPOH:Hampir 80 peratus punca yang mendorong kepada kemalangan adalah disebabkan pengabaian dan kecuaian ciri keselamatan oleh para pemandu kenderaan.

Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu berkata perkara yang perlu diberi penekanan adalah berkaitan dengan penggunaan pakai tali pinggang keledar untuk anak-anak terutama yang ditempatkan di kerusi hadapan.

“Hasil pemantauan, saya lihat ada segelintir pengguna lebuh raya yang membawa keluarga dan anak kecil diletakkan di tempat duduk di hadapan iaitu di kerusi penumpang tidak menggunakan tali pinggang keledar.

“Perkara ini adalah penting untuk keselamatan anak-anak, peluang untuk berhari raya ini jangan kita lupa tentang keselamatan diri keluarga dan ingat mereka yang tersayang menanti kepulangan kita,” katanya selepas menyampaikan sumbangan hari raya kepada pengguna jalan raya di Plaza Tol Ipoh Selatan di sini hari ini.

Terdahulu program cetusan kasih sempena hari raya aidilfitri itu dianjurkan oleh Srikandi Ipoh Barat dan dibantu bersama Srikandi Tambun dan Gopeng.

Sebanyak 600 bungkusan diedarkan kepada pengguna Plaza tol berkenaan sejak 10 pagi tadi.

Turut hadir sama Isteri Menteri Besar Dr Nomee Mohd Radzi dan penasihat Menteri Besar Perak, Datuk Zainol Fadzi Paharudin.

Tambah Faizal lagi, ucapan terima kasih turut ditujukan kepada pelbagai agensi yang bertugas pada musim perayaan seperti Polis Diraja Malaysia dan Plus Berhad yang terlibat secara terus berkaitan dengan kelancaran aliran trafik negeri.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");