Perak Hari Ini

Vida Lancar Lagu Sempena Demam Bola Sepak, Lavida Go Bola!

IPOH:Bagi berkongsi kehangatan Piala Dunia FIFA 2018, Jutawan kosmetik, Datuk Seri Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida kali ini tampil pula dengan single istimewa diberi nama ‘Lavida Go Bola’.

Datuk Seri Vida masih memilih hasil kerja komposer dan penyanyi Cat Farish manakala lirik ditulis Mohd Hilmi memilih genre rancak serta ‘catchy’ ditambah dengan rentak elemen muzik latin sesuai dengan musim bola kini.

Vida ketika ditemui di majlis pelancaran muzik video ‘Lavida Go Bola’ di Taman Tema Animasi Studio (MAPS) di sini berkata kos pembikinan muzik video singlenya itu tidak terlalu mahal berbanding I Am Me malah lebih sedikit daripada single lagu rayanya ‘Lavida Raya yang dilancarkan baru-baru ini sempena syawal’.

Katanya, lokasi video muzik dirakam adalah di kediamannya selain menggunakan penari dari kalangan kenalannya sendiri serta bantuan dua anaknya iaitu Cik B dan Kacak yang turut tampil beraksi di dalam video klip tersebut.

“Saya tidak reti buat lagu tapi saya tahu apa yang saya mahu, saya bukannya penari bukan penyanyi tetapi saya gigih usaha untuk berikan keseronokan musim bola ini dan ini adalah keserasian yang terkeluar,” katanya.

Katanya, muzik video Lavida Bola telah mengambil masa seminggu bagi pengambaran video klip yang dibuat di sekitar Ipoh dan Stadium Perak.

“Mulanya kita mahu gabungkan lagu raya dan lagu bola tetapi tidak sesuai jadi asingkan kerana dalam raya masih ada demam bola jadi lagu saya akan berterusan didengar,” katanya.

Vida mengakui akan tampil dengan beberapa single lagi khusus buat para peminat dan orang ramai yang mengakui masih suka berkarya dengan caranya tersendiri.

Sementara komposer lagu Lavida Go Bola, Cat Farish mengakui ciptaan single untuk jutawan kosmetik Vida kali ini merupakan sentuhan karyanya yang terdahulu yang diketengahkan semula.

“Datuk Vida sudah ada tahu apa yang diingininya dia sudah ada elemen yang ingin masukkan lirik pun dia tahu nak lirik yang ringkas tidak meleret dan mampu menarik orang untuk mendengar jadi saya kena sediakan segera dan hantar kepadanya sehingga dia berpuas hati,” katanya.

Katanya Lavida Go Raya menggunakan elemen Reggae dan Latin yang sesuai untuk digunakan bukannya sahaja nyanyi malah bersenama seperti zumba.

Muzik video ini turut menampilkan Mimi Fly sebagai rapper telah dimuat naik di laman Youtube sejurus selepas pelancaran sebentar tadi dan mendapat lebih 10,000 tontonan.

MAPS turut menawarkan 100 tiket percuma kepada pengunjung istimewa yang akan diberikan pada Sabtu dan Ahad ini seawal jam 10 pagi sumbangan Vida.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");