Membawang Hari Ini

Wak Doyok ‘Diserang’ Samakan Durian Dan Dada Wanita

PETALING JAYA: Gara-gara kapsyen kurang sopan, pelakon dan ikon fesyen Wak Doyok ‘diserang’ netizen menerusi laman sosial Instagram miliknya.

Wak atau Mohd Azwan Md Nor, 39, memuat naik foto sedang menikmati buah durian dengan menulis kapsyen berbunyi; “Durian adalah raja buah, tapi raja buah terletak di dada wanita” dan ia menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan pengikut wanita di Instagram miliknya.

Rata-rata netizen menyifatkan kenyataan itu bukan sesuatu yang boleh dijadikan bahan lawak sebaliknya sebagai satu gangguan seksual terhadap kaum wanita.

“Ini tak kelakar. Adakah ini normal atau boleh dikira sebagai gangguan seksual?

“Hanya lelaki sebenar sahaja yang tahu menghormati wanita. Sedihnya kapsyen anda,” kritik netizan lapor Mstar Online.

Foto yang dimuat naik petang Ahad ini mendapat lebih 23,000 tanda suka dan 500 komen netizen.

Bagaimanapun, Wak Doyok membalas komen-komen negatif netizen dengan menganggap apa yang dilakukannya itu hanya sekadar gurauan.

Sebelum ini, pelakon Abang Long Fadil itu pernah menimbulkan kontroversi apabila dikatakan meninggalkan komen berunsur lucah kepada pelakon Kilafairy.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");