Berita Hari Ini

Wang Dikembalikan Segera, Jika Tercatat GST Pada Resit

SHAH ALAM – Pelanggan Pasaraya Mydin diminta bersabar sekiranya berdepan masalah harga cukai barang dan perkhidmatan (GST) yang masih dikenakan kepada mereka.

Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Bhd (Mydin), Datuk Ameer Ali Mydin menganggap masalah itu disebabkan sistem, termasuk isu ‘timing’ (masa), namun pelanggan dinasihatkan untuk terus ke kaunter perkhidmatan pelanggan memaklumkan masalah mereka sebelum wang pelanggan dikembalikan serta-merta.

Menurutnya, pelanggan diharapkan tidak panik dengan keadaan itu kerana pihaknya segera memulangkan semula wang berkenaan sekiranya tercatat dalam resit pembelian.

“Saya percaya apabila langkah menetapkan GST pada kadar sifar bermula, sebenarnya menggalakkan lagi pelanggan menyerbu premis kita menikmati harga yang terbaik.

“Lebih menarik, ada pelanggan yang menunggu lebih awal di pintu masuk sebelum pasar raya dibuka bagi menikmati GST dengan kadar sifar peratus,” katanya kepada Sinar Harian.

Selain itu, beberapa cawangan Mydin di seluruh negara menunjukkan pertambahan bilangan pelanggan sehingga jam 12 tengah hari, semalam.

Katanya, beliau teruja dengan sambutan diterima daripada orang ramai yang menyambut baik usaha kerajaan dalam menetapkan GST sifar peratus.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");