Jenayah

Wanita Brazil Dilahirkan Tanpa Alat Sulit Jalani Pembedahan Guna Kulit Ikan Tilapia

SEORANG wanita Brazil yang dilahirkan tanpa memiliki alat sulit telah menjalani pembedahan yang mengubah hidupnya baru-baru ini.

Jucilene Marinho membuat pembedahan untuk membina alat sulitnya daripada kulit ikan.

Wanita berusia 23 tahun itu menjadi antara empat wanita pertama yang menjalani pembedahan neovaginoplasty pada April tahun lalu.

Jucilene mengambil keputusan untuk melakukan pembedahan tersebut selepas menyedari dia dilahirkan dengan Mayer-Rokitansky-Küster-Hause (MRKH) ketika berusia 15 tahun.

Ia adalah satu keadaan di mana seorang wanita itu tidak memiliki serviks, rahim dan ovari.

Jucilene melakukan pembedahan berkenaan di Universiti Persekutuan Ceara Brazil yang dijalankan oleh pakar sakit puan, Dr Leonardo Bezerra, lapor Metro UK.

Prosedur itu memerlukan para doktor mengadakan satu ruang antara alat sulitny dengan bahagian dubur bagi membolehkan acuan ikan tilapia dimasukkan.

Ikan itu mudah didapati di sungai-sungai di Brazil.

Kulit ikan itu digunakan kerana apabila ia bersentuhan dengan badan pesakit, ia berfungsi sama seperti ‘stem cells’ dan diserap ke dalam tisu bersel pesakit.

Akhirnya, ia akan berubah dan menghasilkan dinding yang seakan sama dengan alat sulit asli.

Selepas enam bulan bersetuju menjalani prosedur itu, Jucilene dapat melakukan hubungan kelamin buat kali pertama dengan teman lelakinya.

“Mula-mula saya takut untuk melakukannya sebab saya ingatkan ia akan menyakitkan.

“Tapi, ia menjadi detik yang bermakna kerana ia berkesan dengan sempurna. Tiada rasa sakit langsung,” kata Jucilene kepada FocusOn News.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");