Jenayah

Wanita Racun Suami, Ibu Mertua Kerana Hina Masakan

NEW DELHI – INDIA. Seorang wanita di India didakwa telah membunuh lima orang dalam satu majlis kenduri di India kerana menghina masakannya.

Kejadian berlaku di Mahad dalam daerah Raigad pada 18 Jun lalu.

Polis berkata, tertuduh, Pradnya Survase dari Khalapur, berniat membunuh suaminya, ibu mertua serta dua kakak ipar dan seorang biras kerana mereka sering mengejek kemahiran memasaknya.

Tambah polis, Survase didakwa mencampurkan racun ular ke dalam kuah dal yang kemudian dihidangkan kepada tetamu, menyebabkan 88 orang dirawat di hospital dan menyebabkan lima kematian.

Vishwajeet Kaingade, penyiasat polis kanan balai polis Khalapur, memberitahu Hindustan Times: “Tertuduh mendakwa bahawa sejak pernikahannya dua tahun lalu, dia telah dihina hampir setiap hari kerana berkulit gelap dan tidak dapat memasak dengan baik.”

Survasi telah bercerai dengan suami pertamanya, juga percaya saudara-mara telah merosakkan perkahwinan keduanya.

Difahamkan, kira-kira 120 orang telah dijemput ke majlis kenduri tersebut bermula dari jam 2.30 petang hingga 11.30 malam.

Tetapi mereka yang makan pada waktu itu mula berasa mual, muntah dan sakit perut hanya beberapa jam kemudian.

Ujian forensik mendedahkan kehadiran racun perosak dalam kuah dal dan jejak racun dijumpai berhampiran rumah.

Survase dituduh membunuh, konspirasi cubaan membunuh di bawah Kanun Keseksaan India.

Jika disabit bersalah, Survase boleh dikenakan hukuman mati. – metro.co.uk

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");