Perak Hari Ini

Ziarah Kasih Syawal Persis Ceriakan 40 Kanak-Kanak Di Hospital Taiping

TAIPING:Sempena syawal yang bakal tiba pastinya menjadi amalan pulang ke kampung halaman manun tidak dilupakan pesakit terutama kanak-kanak yang terpaksa menyambut syawal kali ini di hospital.

Bagi memberi sinar keceriaan kepada mereka,
sebanyak 40 org pesakit kanak-kanak di wad-wad Hospital Taiping hari ini telah menerima kunjungan daripada skuad Ziarah Kasih Syawal Persis semalam.

Kunjungan ahli-ahli Persatuan Islam Jabatan Perubatan, Kesihatan & Pergigian Taiping (PERSIS) seramai 11 orang itu turut membawa bersama pelbagai jenis hadiah dan sumbangan duit raya yang disampaikan oleh Ketua Jabatan Pediatrik Dr. Saiful Rijal, bersama anggota-anggota wad.

Sebanyak tiga wad yang dikunjungi iaitu wad C3, D3, dan wad D1 dan kunjungan Ziarah Kasih Syawal Persis ini turut memberikan kata-kata semangat dan motivasi kepada pesakit dan waris selain daripada doa supaya pesakit cepat sembuh.

Jelas terpancar keceriaan di wajah pesakit kanak-kanak di sini apabila mendapat belon dan “goodies bag” yang menarik dan berwarna-warni.

Antara sumbangan yg disampaikan termasuklah buku cerita, muffin, air kotak milo, coklat, kurma, pudding dan duit raya kepada semua pesakit tanpa mengira bangsa dan agama.

Yang Dipertua Persis Mohd Asri khusairi turut berterima kasih kepada semua pihak yg menyumbangkan barangan serta khidmat bagi menjayakan program ini.

Ziarah Kasih Syawal Persis ini merupakan program yang ke-13 dilaksanakan oleh Persis dalam siri aktiviti Ihya’ Ramadhan pada kali ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");