Membawang Hari Ini

A. Aida Tunai Janji Permintaan Suami Kekal Berhijab

SUBANG JAYA: Produser Datuk A. Aida mengotakan janji terhadap suaminya, aktor Ariff Aziz yang mahu dia menutup aurat selepas mereka berkahwin.

A. Aida atau Zaidah Awang, 47, berkata, dia sudah pun mula mengenakan tudung penuh pada majlis pernikahannya pada malam Sabtu dan imej itu akan kekal.

“Mulai hari ini saya akan mengekalkan imej bertudung seperti mana diminta oleh suami sebelum ini.

“Walaupun hati saya masih belum sepenuhnya mahu bertudung tetapi apabila dia beritahu sama ada saya sanggup melihat dia menanggung dosa, hati saya terusik.

“Insya-Allah saya istiqomah dan doakan agar saya tetap iman dan teruskan menutup aurat,” ujarnya.

A. Aida dan Ariff atau Wan Izma Ariff Abd. Aziz, 29, sah bergelar suami-isteri dengan dua kali lafaz nikah pada majlis yang diadakan di Hotel Dorsett Grand di sini, malam Sabtu.

Pada majlis itu, Ariff menyerahkan RM300 sebagai mas kahwin kepada pengantin perempuan manakala wang hantaran sebanyak RM20,000.

Mengulas mengenai majlis pernikahannya, A. Aida berkata, dia berasa seperti pengantin yang pertama kali berkahwin kerana sebelum ini dia tidak merasai suasana seperti itu.

“Saya puas hati dengan majlis ini kerana persiapan yang dilakukan begitu teliti dan saya rasa seperti kali pertama kahwin.

“Sebelum ini kahwin pun seperti kahwin ‘cowboy’! Tetapi apa yang paling penting, saya mengharapkan rumah tangga kami akan berkekalan sehingga ke akhir hayat.

“Saya sudah ada semuanya… Saya tidak minta banyak cukup kehadiran suami yang sayang diri saya dan menjaga saya sebaiknya,” jelasnya.

Sementara itu, A. Aida berkata, dia tidak terkesan kritikan negatif segelintir masyarakat yang memandang serong terhadapnya apabila dia mengambil keputusan untuk berkahwin dengan aktor, Ariff Aziz yang 18 tahun lebih muda daripadanya.

Katanya, pengalaman lebih 20 tahun dalam bidang seni telah membuatkan dia lali dengan cakap-cakap negatif terhadap dirinya malah ia langsung tidak memberi kesan kepadanya.

“Betul apa yang Che Ta (Rozita Che Wan) cakap tempoh hari… Bukannya saya berkahwin dengan suami orang!

“Apa orang hendak cakap saya tak ambil pusing, masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Saya dah terlalu lama dalam bidang seni jadi dah lali.

“Manusia ini ada macam-macam perangai, susah hendak puaskan hati semua orang dan mereka pun bukannya semua suka dengan kita,” katanya lapor Mstar Online .

Ditanya mengenai perancangan berbulan madu, A. Aida berkata, mereka merancang untuk bercuti ke Australia pada Ogos ini.

“Kami hendak pergi ke tempat cuaca sejuk dan setakat ini Australia paling sesuai dan Insya-Allah pada Disember kami akan mengerjakan Umrah pula,” katanya yang meletakkan soal zuriat kepada rezeki.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");