Perak Hari Ini

Air Asia Buat Penerbangan Sulung Johor Baharu, Singapura Ke Ipoh Oktober Dan November Ini

IPOH:Syarikat Penerbangan Air-Asia Berhad akan mengadakan penerbangan sulung ke Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS) Ipoh di sini pada 1 Oktober ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan,Kesenian dan Kebudayaan, Tan Kar Hing menerusi satu kenyataan media hari ini berkata penerbangan ke Ipoh adalah sebanyak empat kali seminggu melibatkan destinasi Johor Baharu-Ipoh-Johor Bahru

Bagi penerbangan daripada Singapura ke Ipoh pula bakal bermula pada 18 November ini.

Katanya, penerbangan kedua lokasi ini mengambil masa sekitar satu jam 20 minit bagi Johor Baharu ke Ipoh dan satu jam 10 minit untuk penerbangan Singapura ke Ipoh.

“Bagi penerbangan Johor Baharu-Ipoh-Johor Baharu dijadual akan berlepas pada pukul 7.30 pagi dan ketibaan pada jam 8.50 manakala bagi perjalanan Ipoh-Johor Baharu dijadual berlepas pada jam 9.15 pagi dan tiba pada jam 10.35 pagi iaitu durasi perjalanan selama 1 jam 20 minit.

“Manakala bagi perjalanan Singapura ke Ipoh akan berlepas pada jam 9.10 pagi dan tiba pada 10.20 pagi, bagi Ipoh- Singapura bakal berlepas pada jam 10.45 pagi dan tiba jam 12 tengah hari untuk durasi perjalanan sekitar satu jam 10 minit,” katanya.

Katanya lagi, penerbangan Air Asia tersebut akan menggunakan kapal terbang jenis A320 dengan kapasiti penumpang seramai 180 orang sahaja.

“Kerajaan Negeri amat mengalu-alukan penerbangan sulung ini kerana ia membantu dalam meningkatkan jumlah kedatang pelancong dari dalam dan luar negara ke negeri ini kelak,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");