Membawang Hari Ini

Aksi Tun M Jawab Teka Teki Cuit Hati Netizen

Aksi ‘comel’ Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali ketika menjawab soalan pengacara cilik sebuah stesyen televisyen baru-baru ini mencuit hati netizen.

Lapor Sinar Harian, menerusi video pendek yang dimuat naik di Instagram astrogempak mendapat tontonan mencecah 37,825 penonton itu mendapat pelbagai reaksi penonton termasuklah “Tun M dan Tun CT are so cute”.

Dalam video itu, pengacara cilik berkenaan mengajukan soalan teka-teki dalam banyak-banyak haiwan, haiwan mana yang paling kedekut kepada Dr Mahathir.

Dengan spontan, Dr Mahathir menjawab “Kucing” dengan aksi yang kelakar dan mencuit hati.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");