Panasnya Hari Ini

AMANAH Dibenar Tangguh Pemilihan

PONTIAN: Parti Amanah Negara (AMANAH) memperoleh kebenaran Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) untuk menangguhkan pemilihan parti itu ke tahun depan, kata Timbalan Presidennya, Datuk Salahuddin Ayub.

Katanya, AMANAH membuat permohonan bagi menunda proses pemilihan parti yang sepatut berlangsung tahun ini, berikutan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Bagaimanapun, beliau yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata, mesyuarat parti pada peringkat cawangan akan berjalan seperti biasa, tahun ini.

“Justeru, tahun ini akan diadakan mesyuarat seperti biasa tetapi tanpa pemilihan. Tahun depan akan diadakan mesyuarat bersama pemilihan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri program ramah mesra bersama nelayan di Pengkalan Nelayan Ayer Baloi, di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mohd Sallehhuddin Hassan.

Terdahulu, Salahuddin meluangkan masa melawat kawasan ternakan kerang di perairan pantai Ayer Baloi, selain meninjau Sistem Molluscure di pengkalan nelayan berkenaan.

Sementara itu, Salahuddin berkata, pemilihan calon untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis, 4 Ogos depan, akan diputuskan oleh pucuk kepemimpinan tertinggi Pakatan Harapan (PH).

“Bagi AMANAH, kita tidak membincangkan perkara itu dan ia tidak perlu pun dibincangkan. ‘Understood’ (masing-masing faham),” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");