Jenayah

Arab Saudi Pancung 7 Pesalah

RIYADH: Arab Saudi hari ini melaksanakan hukuman mati terhadap tujuh pesalah yang disabitkan atas kesalahan bunuh dan penyeludupan dadah, lapor media.

Negara konservatif itu mempunyai kadar pelaksanaan hukuman mati antara tertinggi di dunia dengan suspek yang didapati bersalah atas tuduhan keganasan, menyebabkan kematian, rogol, rompak bersenjata dan penyeludupan dadah berdepan hukuman mati.

Dua penduduk Arab Saudi dan tiga warga Chad dihukum selepas didapati bersalah menculik dan membunuh seorang pengawal keselamatan Pakistan dengan niat merompak gudang yang dikawal mangsa, menurut agensi berita kerajaan SPA.

Seorang lagi warga Arab Saudi dihukum mati selepas didapati bersalah membakar seorang lelaki, kata SPA.

Seorang warga Lubnan dihukum kerana cuba menyeludup pil captagon ke negara itu, kata SPA. Captagon adalah sejenis dadah popular di kalangan pejuang zon perang yang mengandungi adunan amfetamin, kafien dan bahan lain.

Pelaksanaan hukuman hari ini menjadikan jumlah pesalah dihukum mati di negara itu kepada 73 orang, setakat tahun ini, menurut kiraan AFP.

Menurut Amnesty International, Arab Saudi mempunyai kadar pelaksanaan hukuman ketiga tertinggi di dunia pada tahun lalu, selepas China dan Iran. – AFP

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");