Perak Hari Ini

Arafat Beri Cadangan Awal Atasi Masalah Petani Di Changkat Kinding

IPOH:Seramai lebih 50 orang peneroka tanah di Changkat Kinding di sini meminta agar status tanah yang kini dijadikan tapak pembinaan Rancangan Penempatan Tersusun (RPT) diberikan semula kepada mereka untuk tujuan pertanian.

Pengerusi Persatuan Petani Changkat Kinding, Wong Chin Siang pada sesi perjumpaan dengan Adun Ulu Kinta Muhamad Arafat Varisai Mahamad berkata pada mula sebahagian peneroka tanah telah bersetuju menerima pampasan dan menyerahkan tanah kepada pemaju Generasi Simbolik.

Bagaimanapun katanya, timbul beberapa isu mengenai tanah berkenaan iaitu yang mana peneroka mendakwa telah diugut untuk bersetuju dengan pampasan yang diberi.

Malah jelas beliau, terdapat penyelewengan melibatkan penerima pampasan yang tidak sepatutnya menerima pampasan serta tanah gantian di Mukim Sungai Raya yang diberikan oleh pihak Pejabat Tanah Ulu Kinta berikutan ia juga tidak sesuai untuk tujuan pertanian.

Berikutan itu Adun Ulu Kinta, Muhamad Arafat telah mengemukakan tiga cadangan awal bagi mengatasi masalah tersebut selain memberikan situasi ‘menang-menang’ kepada semua pihak.

Jelas Arafat kepentingan rakyat perlu diutamakan serta perlu mengambil kira keperluan bidangan pertanian selain daripada pembangunan semata.

“Kerajaan terdahulu telah meluluskan rancangan awal bagi pembinaan RPT sebanyak 220 lot, melibatkan tanah di kawasan Changkat Kinding dan telah diserahkan kepada pemaju bagi menyedikan infrastruktur bagi rumah tersebut.

“Tanah melibatkan 43 hektar dan satu bidang lagi sebanyak 25 hektar telah diserahkan kepada pemaju supaya menyediakan perumahan namun persatuan ini datang mengadu apabila terdapat beberapa isu yang dirasakan tidak adil.

“Jadi cadangan awal saya selaku Adun di sini iaitu menukarkan pembinaan rumah RPT kepada pembinaan rumah pangsa dimana projek asal memerlukan 13 hektar tanah jadi jika pembinaan diubah pengunaan tanah hanya sekitar dua hektar dan boleh menjimatkan penggunaan tanah hampir 11 hektar daripada cadangan asal,” katanya kepada media sejurus selepas perjumpaan tersebut hari ini.

Katanya lagi lebihan tanah tersebut juga boleh terus dikekalkan untuk kegunaan pertanian kelak yang akan membantu mengatasi rugutan daripada pihak peneroka kawasan itu.

“Cadangan ini telah dipersetujui peneroka dan akan dibawa bagi kepada perbicangan di peringkat atasan melibatkan exco juga menteri besar untuk pertimbangan kelak,” katanya.

Bagaimanapun beliau turut mengarahkan agar projek perumahan akan ditangguhkan sementara bagi kedua-dua bidang tanah yang terlibat.

“Bagi 43 hektar tanah melibatkan 50 peneroka manakala bagi tanah kedua berkeluasan 25 hektar pula melibatkan 21 peneroka difahamkan kesemua mereka telah bersetuju keluar dengan pemberian pampasan tanah pada mulanya bagaimanapun kembali membantah dan mahu memulangkan semula pampasan yang diterima dan mahu tanah itu semula kerana beberapa isu yang timbul.

“Dakwaan wujud penyelewengan iaitu penerima yang tidak terlibat sebagai peneroka turut menerima pampasan kita akan siasat malah rugutan tanah yang diberi kepada peneroka tanah gantian di sebelah mukim Sungai Raya juga dikatakan tidak sesuai untuk pertanian kerana berbukit serta menelan belanja yang tinggi jika diusahakan,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");