Berita Hari Ini

Badan Peguam: Faktor Kaum, Agama Tak Relevan Dalam Lantikan K’jaan

Latar belakang kaum dan agama tidak relevan dalam lantikan empat jawatan kanan berkenaan undang-undang yang dibuat kerajaan, kata Badan Peguam.

Naib presidennya Abdul Fareed Abdul Gafoor berkata, apa yang penting adalah lantikan mereka sah di sisi undang-undang dan sama ada mereka mampu menjalankan tanggungjawab.

Beliau mengulas kritikan terhadap pelantikan Tommy Thomas sebagai peguam negara, Tan Sri Richard Malanjum (ketua hakim negara), Datuk Liew Vui Keong (menteri undang-undang) dan Lim Guan Eng (menteri kewangan).

Antara kritikan yang timbul adalah lantikan itu telah mengenepikan orang Melayu dan Islam.

Antaranya Ketua Penerangan PAS Nasrudin Hassan yang mendakwa lantikan bagi jawatan peguam negara, ketua hakim negara dan menteri undang-undang telah “meresahkan umat Islam”.

Bagaimapun bagi Abdul Fareed, mereka yang dilantik sememangnya mempunyai pengalaman yang relevan untuk menggalas tugas yang diberikan.

“Empat lantikan itu dibuat berdasarkan Perlembagaan Persektuan, dan latar kaum dan agama mereka justeru tidak relevan.

“Kesesuaian lantikan mestilah berdasarkan sama ada ia mematuhi perlembagaan dan undang-undang negara, dan berdasarkan merit – termasuk integriti, kebolehan dan kecekapan – serta komitmen mereka untuk menegakkan kedaulatan undang-undang,” katanya dalam kenyataan.

Beliau juga memuji titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V semalam agar rakyat Malaysia menjaga dan mengukuhkan keharmonian dan perpaduan.

Agong bertitah demikian ketika merasmikan istiadat pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Parlimen ke-14.

“Badan Peguam percaya kemajmukan budaya dan rasa hormat rakyat terhadap kemajmukan adalah kekuatan kita.

“Semua rakyat perlu bersama-sama bagi membina negara yang aman, harmoni dan saksama,” katanya lagi.-mkini

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");