Membawang Hari Ini

Buka Je Instagram Ada ‘Keke Challenge’! Rimas la – Umie Aida

CABARAN tarian ‘keke challenge’ yang bermula dari negara Barat kini menjadi ikutan dalam kalangan anak-anak muda, selebriti dan personaliti tempatan.

Baru-baru ini, pengacara Datuk Aznil Nawawi dan pelakon Adam Shahz ada meluahkan pendapat tidak gemar dengan aktiviti yang kini semakin tular di laman sosial.

Terbaru, pelakon Datin Umie Aida juga mempunyai pendapat yang sama dan berharap masyarakat mencuba sesuatu cabaran lain yang boleh mencabar minda dan fizikal.

“Tolong jangan ada lagi keke. Buka Instagram semua dengan #kekechallenge hmmm…” Cubalah buat #challenge yang mencabar minda dan fizikal,” tulis Umie menerusi laman Instagramnya.

Umie turut memuat naik video dengan mengatakan dia berasa tidak senang melihat trend tarian yang menggunakan lagu terbaru Drake berjudul In My Feelings.

Pelakon filem Dukun ini juga mencadangkan untuk melakukan cabaran mendaki gunung atau bukit.

“Depa (mereka) dok sibuk dengan #kekechallenge naik rimas me (saya) tengok. Tak nak pula buat #hikingchallenge,” katanya.

Rata-rata pengikutnya di laman sosial juga bersetuju dengan pendapat Umie dan mereka mahu mengikuti pelakon filem Dukun itu mendaki.

“Betul setuju… Tapi saya tak mendaki tempat macam ini. Menggeletar kepala lutut. Kalau setakat bukit tu boleh la.

“Setuju ini baru betul-betul cabaran. Mereka tak mampu mendaki sebab tu mampu tergedik-gedik saja.

“Alhamdulilah ternyata ada lagi pelakon yang pandai tak buat keke challenge tu,” komen beberapa netizen.

Antara selebriti tempatan turut melakukan cabaran itu ialah Irfan Haris, Hafidz Roshdi, Khai Bahar, Janna Nick, Siti Sarah, Elite dan Ezad Lazim.-Mstar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");