Perak Hari Ini

Dakwa Pusat Barakah Bakal Ditutup?

IPOH: Beberapa hari kebelakangan ini tular di Facebook apabila terdapat beberapa akaun laman sosial mendakwa Pusat Pendidikan Al Barakah, Manjoi dikatakan bakal ditutup.

Keadaan menjadi agak kecoh apabila terdapat beberapa individu berkongsi tangkap layar (screenshot) laman urusniaga atas talian, mudah.my, di Facebook mereka yang mendakwa pusat pendidikan itu bakal ‘dijual’.

Hasil tinjauan ke laman berkenaan, bangunan yang ditulis ‘Kompleks Darul Barakah, Manjoi’ itu jual pada harga RM5,000,000, oleh pengguna yang bernama ‘Ruzanna’, yang dipercayai daripada agensi hartanah tempatan.

Salah seorang individu, menerusi laman Facebooknya mendakwa pusat pendidikan itu ditutup kerana pengasasnya, Datuk Mohd Kazim Elias didakwa namanya ‘disenarai hitamkan’bagi mengadakan ceramah.

Disebabkan itu pengguna tersebut mendakwa Mohd Kazim tidak mempunyai dana yang mencukupi dana untuk menampung pengurusan pusat pendidikan itu.

Ia mendapat pelabagai reaksi pengguna Facebook termasuk ada yang mendakwa ianya berkaitan dengan kenyataan bekas Menteri Penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin yang mahu semua sekolah tahfiz ditutup selain mendakwa ia disebabkan unsur politik.

Walau bagaimanapun, seorang pengguna Facebook, ‘Wan Nazlan’ menafikan dakwaan tersebut sebaliknya mendakwa Mohd Kazim mahu membuka pusat pendidikan tersebut di tempat miliknya.

“Berkenaan dengan info Penutupan Kompleks Barakah di Manjoi. Saya sudah hubungi orang yang ditugaskan untuk menguruskan penjualan Kompleks Barakah ini.

“Dia maklumkan, Ustaz Kazim nak buka dekat tempat beliau sendiri. Tidak ada berkaitan dengan mana-mana isu politik seperti yang di war-warkan,” tulisnya pada sebuah laman Group Facebook yang dikhaskan untuk warga Ipoh.

Sementara itu, Mohd Kazim, menerusi laman Facebooknya memaklumkan suatu kenyataan rasmi akan dikeluarkan dalam masa terdekat, berkenaan isu terbabit.

“Ramai yang bertanyakan tentang status Pusat Pendididkan Al Barakah. InsyaAllah saya akan mengeluarkan kenyataan rasmi sedikit masa lagi.

“Pembiyaan sekolah ini adalah hasil dari kuliah dan ceramah saya setiap hari. Kalau ada usaha menyekat ceramah, bagaimana saya ingin meneruskan sekolah yang memerlukan dana yang besar,” tulisnya.

Posting tersebut mendapat lebih daripada 2,000 tanda suka dan 704 perkongsian.

Ia juga menerima pelbagai reaksi diruangan komen dan salah seorang pengguna mencadangkan agar Mohd Kazim dan semua pengetua pusat pendidikan tahfiz mengadakan perjumpaan dengan pihak berkuasa.

“Harap ada penyelesaian yang baik dan sekolah tahfiz terus wujud di Malaysia. Yang meminta Sekolah Tahfiz ditutup dia bukan menteri yang boleh bertindak, dia hanya bekas wartawan,” tulis pengguna Facebook ‘Siti Al-Amin’.

https://www.facebook.com/ustazmohdkazim/posts/1668198683229130

Menerusi tinjauan ke Facebook ‘Dato’ Ustaz Mohd Kazim Elias’, pada Sabtu beliau telah memuat naik beberapa gambar aktiviti di pusat pendidikannya dengan disertakan kapsyen petikan lirik lagu ‘You’ll Never Walk Alone’ yang dipopularkan Gerry and the Pacemakers.

Pada posting yang bertarikh 6 Julai pula, ada ditulis ,” Jom Melawat Al-Barakah sementara ia masih beroperasi…”

 

https://www.facebook.com/ustazmohdkazim/posts/1665968736785458

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");