Berita Hari Ini

DAP Kecam Israel Lulus Undang-undang ‘Ketuanan Yahudi’

DAP mengecam sekeras-kerasnya “undang-undang Ketuanan Yahudi” dan menyifatkannya sebagai zalim, tidak adil dan tidak demokratik, kata Setiausaha Agungnya Lim Guan Eng.

“Parti Tindakan Demokratik (DAP) mengecam sekeras-kerasnya tindakan Knesset Israel yang telah meluluskan “undang-undang negara Yahudi” yang bersifat zalim, tidak adil dan tidak demokratik sama sekali.

“Undang-undang terbaru tersebut menjunjung konsep Ketuanan Yahudi dan menindas hak-hak minoriti, terutamanya bangsa Arab yang merupakan kumpulan minoriti terbesar di negara itu,” kata Lim dalam suatu kenyataan hari ini.

Menurut Lim yang juga Menteri Kewangan itu, undang-undang terbaru tersebut menjunjung konsep ketuanan Yahudi dan menindas hak-hak minoriti terutamanya bangsa Arab.

“Identiti penduduk Arab termasuk bahasa mereka telah diketepikan dan dinafikan melalui proses perundangan yang bersifat perkauman. Bahasa Arab yang sebelum ini diiktiraf oleh undang-undang sebagai bahasa rasmi kini telah diturunkan taraf.

“Kaum minoriti yang selama ini telahpun dilayan sebagai rakyat kelas kedua kini akan terus dipinggirkan dengan lebih teruk lagi,” katanya.

‘Baitulmuqaddis ibu negara Israel’

Lim seterusnya berkata undang-undang tersebut secara unilateral mengisytiharkan “seluruh kota Baitulmuqqadis” sebagai ibu kota negara Israel.

“Undang-undang tersebut juga secara unilateral mengisytiharkan “seluruh kota Baitulmuqqadis” (Jerusalem) sebagai ibu kota negara Israel.

“Tindakan ini bukan sahaja bercanggah dengan segala konvensyen Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan undang-undang antarabangsa yang mengiktirafkan negara Palestin, malah melanggar prinsip keamanan dan kemanusiaan yang begitu penting untuk mengembalikan kestabilan di rantau tersebut.

“DAP yang selama ini berpegang kepada prinsip kebebasan, kesaksamaan dan persaudaraan akan tetap menentang segala bentuk kezaliman dan perkauman tidak kira di Malaysia atau di mana-mana sahaja di dunia,” katanya.

Semalam, Parlimen Israel meluluskan rang undang-undang kontroversi yang mentakrifkan negara itu sebagai negara Yahudi secara eksklusif dengan 62 MP menyokong manakala 55 MP menolak.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");