Berita Hari Ini

Disiplin Lebih Penting Daripada Kasut Hitam – Rais Yatim

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri, Tan Sri Rais Yatim menyifatkan pemakaian kasut hitam untuk pelajar sekolah yang diumumkan Kementerian Pendidikan merupakan perihal yang tidak mustahak.

Beliau sebaliknya berkata, sepatutnya kementerian itu menumpukan isu hal ehwal pelajar termasuk juga isu disiplin.

“Apa pentingnya murid seluruh negara tukar kasut warna hitam?

“Takda hal ehwal yang lebih pentingkah? Gudang kasut tentu gembira 7 juta murid sudah tentu berdepan dengan ekonomi RM350-400 juta.

“Bukankah soal disiplin sekolah lebih mustahak? Bukan kasut hitam !!!,” katanya menerusi posting di Twitternya, sebagaimana yang dilaporkan MalaysiaGazette.

Beliau berkata demikian mengulas pengumuman Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik semalam bahawa pelajar sekolah akan memakai kasut hitam pada tahun depan.

Kata Maszlee, ini kerana ramai ibu bapa mengadu dan meminta supaya anak-anak mereka tidak memakai kasut putih.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");