Berita Hari Ini

Dulu Perkataan Trilion Pun Kita Tak Pernah Dengar, Kata Dr M

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad yang mempertahankan tindakan kerajaan membuat pinjaman daripada Jepun meminta pembangkang menunjukkan bukti sekiranya hutang negara dulu lebih banyak berbanding sekarang yang mencecah lebih RM1 trilion.

“Saya ada di situ (sebagai perdana menteri) 22 tahun, jadi sedikit sebanyak tahu tentang angka pertumbuhan, kewangan dan hutang. Tak pernah kita hutang RM42 bilion sekalipun, kalau ada bukti sila tunjukkan.

“Dan tak pernah kita ada hutang lebih RM1 trilion. Perkataan trilion pun kita tak pernah dengar.

“Tetapi sekarang ini kita dengar negara hutang lebih daripada RM1 trilion. Pada saya, RM300 bilion itu kuranglah daripada RM1 trilion,” katanya.

Beliau berkata demikian menjawab soalan tambahan Ketua Pembangkang Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (BN-Bagan Datuk) yang melahirkan kebimbangan pinjaman Yen Jepun akan membebankan negara seperti yang pernah berlaku pada tahun 80-an.

Dr Mahathir yang juga ahli parlimen Langkawi berkata, hutang negara tidak pernah mencecah lebih RM300 bilion ketika membuat pinjaman daripada Jepun pada tahun 80-an dan 90-an.

“Bagan Datuk sebut beberapa angka tetapi tiada bukti bertulis kononnya hutang dulu lebih banyak daripada hutang sekarang. Kalau YB semak laporan tahunan, YB akan dapati hutang dulu tak lebih RM300 bilion iaitu hanya 27% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) ketika itu.

“Ia boleh dilihat dalam laporan tahunan pada 1980 dan 1990, itu angka sebenar. Kalau YB dapat tunjuk angka berlainan, saya amat berterima kasih kerana itu bermakna saya tak betul,” katanya.-FMT

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");