Membawang Hari Ini

Elizabeth Tan Akui Tersilap Cakap

PENYANYI Elizabeth Tan memohon maaf atas ketelanjurannya menggunakan perkataan ‘beromen’ ketika ditemubual menerusi program hiburan Pop!TV pada malam Jumaat.

Elizabeth atau mesra disapa Lizzy berkata, dia tidak memahami maksud sebenar perkataan tersebut dan menyangka ia membawa maksud romantik.

“Okay just in case, sebelum apa-apa kenyataan Lizzy dalam PopTV tadi terjadi viral, Lizzy sumpah yang saya ingat “beromen” tu maksudnya “ber – romantik”.

“Maaf kalau ada yang salah faham, Lizzy main-main sahaja, Abang Zul jangan marah Lizzy,” ujarnya di Instagram, sebagaimana yang dilaporkan mStar Online.

Elizabeth terlepas perkataan tersebut ketika ditanya tentang filem terbaharunya Misteri Dilaila yang bergandingan dengan pelakon Zul Ariffin.

Dalam pada itu, Elizabeth berkata dia mungkin perlu masuk kelas bahasa Melayu bagi mengelakkan perkara tersebut berulang.

“Mungkin saya perlu masuk kelas bahasa Melayu, ada siapa yang nak ajar Lizzy?” tulisnya.

Penyanyi tersebut hadir pada program berkenaan bagi mempromosikan single terbaharunya berjudul Police Entry.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");