Jenayah

Empat Maut Nahas Enam Kenderaan

RAWANG: Empat maut, seorang parah dan tiga lagi cedera dalam kemalangan membabitkan enam buah kenderaan di Kilometer 446, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) menghala utara, tengah hari tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.00 tengah hari itu, enam kenderaan yang terbabit adalah lima buah kereta dan sebuah treler.

Ketua Cawangan Pengurusan Operasi Balai Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Alimaddia Bukri, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 12.02 tengah hari.

“Anggota bomba dari Balai Bomba Dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh, BBP Rawang dan BBP Selayang dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Mangsa yang meninggal dunia adalah dua wanita dan seorang kanak-kanak lelaki yang menaiki kereta jenis Perodua Alza serta seorang lelaki yang menaiki kereta jenis Toyota Vellfire lapor Berita Harian.

Kemalangan turut membabitkan tiga kenderaan lain model BMW, Toyota Alphard dan Honda City. Nahas di lebuh raya arah utara itu turut mengakibatkan seorang mangsa cedera parah dan tiga lagi mangsa cedera ringan.

“Sementara yang cedera parah adalah seorang kanak-kanak lelaki penumpang Toyota Vellfire, pemandu treler pula mengalami cedera ringan,” katanya dalam satu kenyataan.

Alimaddia berkata dua lagi mangsa yang cedera ringan dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk menerima rawatan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");