Perak Hari Ini

Fama Fest 2018 Ketengahkan Pelbagai Produk Tempatan Popular

GOPENG:Lebih 200 gerai jualan pelbagai produk tempatan akan di sediakan di Fruits,Flowers,Food Fiesta (FamaFest) 2018 pada 26 hingga 30 Julai ini di Pusat Transformasi Luar Bandar RTC Gopeng di sini.

Timbalan Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama), Idris Tahir berkata Famafest 2018 turut mensasarkan kehadiran seramai 260,000 orang pengunjung bagi tahun ini.

“Gerai tersebut antaranya buah-buahan, makanan tempatan serta pelbagai jenis produk tempatan daripada negeri Perak dan beberapa produk makanan istimewa beberapa negeri.

“Sebanyak 25 peniaga makanan tempatan yang terkenal bakal menjual hidangan mereka melibatkan 15 peniaga dari Perak dan 10 peniaga dari luar negeri ini,” katanya dalam satu sidang media hari ini.

Katanya, Famafest seperti kebiasan akan menjual pelbagai buah-buahan tempatan dengan diskaun harga 5 hingga 20 peratus bagi buahan manggis,cempedak, rambutan serta penganjuran istimewa ‘kendurian’ buat peminat raja buah itu yang dibuka pada jam 10 pagi hingga 10 malam.

Tambahnya, penganjuran kali kedua ini bakal menampilkan makanan popular daripada Kelantan iaitu Teh Tarik Beng Madu Pak Mat, kuih tradisonal Akok dan Kuba Guling yang tular baru-baru ini.

Bagi makanan popular negeri Perak pengunjung berpeluang menikmati Nasi Ayam Merah (nasi ganja) serta nasi Bamboo Sungai Klah yang buat pertama kalinya menyertai program ini.

“Turut dijual 6000 ‘stok keeping unit’ produk pilihan online dan offline, 5000 spesis orkid flora dan fauna.

“Famafest kali ini juga menyediakan pameran dan jualan ikan hiasan dan haiwan kesayangan dan menunggang kuda bagi yang berminat,”katanya.

Bagi penganjuran kali ini pelbagai aktiviti sampingan bakal berlangsung seperti ceramah agama daripad PU Azman dan Dato Badli Shah Alaudin, pertandingan sangkar berhias haiwan kesayangan-kucing dan pertandingan Agro fantasy Make over.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");