Berita Hari Ini

Graduan TVET Perlu Terima Gaji ‘Bermaruah’ -Syed Saddiq

KUALA LUMPUR- Lambakan pekerja asing merupakan punca utama gaji sektor berkemahiran berada pada kadar statik, sehingga menjejaskan graduan daripada bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

Perkara itu ditegaskan oleh Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang memetik laporan Bank Negara Malaysia (BNM).

Katanya, kos sara hidup yang rendah dalam kalangan pekerja asing di negara ini menjadi penyebab mengapa gaji dalam sektor berkaitan TVET ditetapkan berada pada kadar statik dalam kalangan sektor korporat dan swasta.

“Ini merupakan persaingan yang tidak adil kepada rakyat berkemahiran di negara ini, terutamanya graduan TVET. Gaji statik pada satu kadar dan tidak meningkat mengikut arus semasa.

“Kerajaan mahu pastikan tiada kebergantungan kepada pekerja asing lagi, kualiti pekerjaan perlu dikembalikan kepada rakyat khususnya anak muda yang merasai tempias negatif daripada lambakan tersebut. Kami mahukan kualiti kerja yang baik dengan gaji ‘bermaruah’ kepada graduan berkemahiran,” katanya, sebagaimana dilaporkan Utusan Online.

Beliau berkata demikian ketika berucap menyempurnakan Majlis Konvokesyen Belia Mahir Kali Kelima Majlis Belia Malaysia (MBM) di Bangi dekat sini hari ini.

Yang turut hadir Presiden MBM, Mua’amar Ghadafi Jamal Jamaludin.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");