Berita Hari Ini

HARAPAN Buang 18 Pegawai Kanan Kerajaan

Pakatan Harapan telah membuang 18 pegawai kanan kerajaan semenjak mengambil-alih pentadbiran negara.

Menteri Undang-undang Liew Vui Keong berkata demikian dalam jawapan bertulis parlimen hari ini.

Senarai 18 orang itu terdiri daripada seorang pegawai Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang kontraknya ditamatkan atas dasar “kepentingan awam”.

Manakala itu, lapan orang lagi daripada JPM juga telah dipendekkan kontrak mereka.

Lima pegawai Kementerian Luar Negeri, dua pegawai Kementerian Kewangan, seorang pegawai Kementerian Dalam Negeri dan seorang pegawai Kementerian Komunikasi dan Multimedia juga telah ditamatkan kontrak mereka.

Beliau menjawab soalan Anggota Parlimen Gerik Hasbullah Osman, yang meminta senarai eksekutif tertinggi perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan agensi kerajaan yang telah dibuang oleh pentadbiran HARAPAN.

Setakat 9 Julai lalu, dua ahli lembaga pengarah Tenaga Nasional dan pengarah urusan Malaysian Airports Holdings Bhd telah ditamatkan kontrak mereka.

Liew berkata ini termasuklah pemberhentian bekas CEO 1MDB Arul Kandasamy daripada MOF Incorporated (MOF Inc).

Menurut Liew lagi pembuangan itu disebabkan “pelanggaran kontrak dan kewajipan fidusiari”.

Sementara itu, seramai 24 ahli lembaga pengarah MOF Inc telah meletakkan jawatan secara sukarela.

Semenjak HARAPAN membentuk kerajaan susulan pilihan raya 9 Mei lalu, ramai pegawai kanan kerajaan dan eksekutif GLC yang telah meletak jawatan atau diberhentikan.

Ini termasuklah bekas setiausaha perbendaharaan Tan Sri Irwan Serigar Abdullah, bekas pengerusi Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, bekas pengerusi PNG, Datuk Abdul Wahid Omar.-Mkini

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");