Sukan Hari Ini

Inilah Pengadil Untuk Aksi Final Piala Dunia Ahad Ini

PERSEKUTUAN Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) melantik Nestor Pitana dari Argentina untuk bertindak sebagai pengadil aksi final Piala Dunia di antara Perancis dan Croatia, Ahad ini.

Pengadil berusia 43 tahun itu telah tampil dalam aksi pembukaan antara Rusia dan Arab Saudi di samping bertugas dalam perlawanan Perancis berdepan Uruguay dalam suku akhir serta perlawanan Croatia dengan Denmark dalam pusingan 16, lapor Astro Arena.

Beliau akan disertai oleh dua lagi penolong pengadil senegara iaitu Hernan Maidana dan Juan Belatti, sementara pengadil Belanda Bjorn Kuipers akan menjadi pengadil keempat dan dibantu oleh seorang lagi pengadil dari Belanda, Erwin Zeinstra.

Perancis menempah slot final di Moscow dengan kemenangan ke atas Belgium manakala Croatia mengatasi England untuk melangkah ke perlawanan kemuncak buat pertama kali dalam sejarah mereka.

Ketika Piala Dunia di Brazil pada tahun 2014, Pitana yang juga bekas pelakon telah mengadili empat perlawanan. Kali terakhir adalah ketika Perancis kalah dengan satu jaringan kepada Jerman pada peringkat suku akhir.

Bagi perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat antara Belgium dan England di Saint Petersburg pada Sabtu, FIFA telah memilih pengadil dari Iran, Alireza Faghani.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");