Sukan Hari Ini

Insiden Baling Botol, Syed Saddiq Ke Indonesia Malam Ini

KUALA LUMPUR – Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman akan berlepas ke Indonesia malam ini untuk berbincang mengenai keselamatan pasukan negara menjelang perlawanan akhir esok.

Katanya, beliau amat sedih dengan insiden penyokong Indonesia membaling batu dan botol ke arah pemain pasukan Malaysia bawah 19 tahun, selepas tuan rumah tewas dalam perlawanan di Stadium Gelora Bung Karno malam tadi.

“Amat menyedihkan. Pihak mereka dah berjanji akan perketatkan kawalan keselamatan untuk perlawanan Sabtu ini.

“Saya akan ke Indonesia malam ini dan akan pastikan sebaik mungkin bahawa perkara ini tidak akan berulang, khususnya bagi Sukan Asia nanti,” katanya menerus laman Twitternya.

Kejayaan skuad bawah 19 tahun negara (B-19) melangkah ke final Kejohanan AFF 2018 dicemari dengan insiden keganasan penyokong Indonesia yang tidak berpuas hati dengan kekalahan pasukan tuan rumah pada pertemuan separuh akhir di Stadium Gelora Delta Sidoarjo, semalam.

Lebih 26,000 penyokong Indonesia membanjiri stadium untuk menyaksikan pertembungan dua pasukan musuh ketat itu, namun ternyata kekalahan skuad Garuda Muda di tangan Malaysia menerusi penentuan sepakan penalti 3-2 selepas terikat 1-1 pada aksi sebenar sukar diterima. – MalaysiaGazette

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");