Perak Hari Ini

Jabatan Perikanan Negeri Akan Pantau Pengunaan Bubu Naga

TAIPING:Jabatan Perikanan Negeri Perak akan melaksanakan usaha-usaha pemutihan sebagai langkah kesedaran nelayan terhadap isu penggunaan bubu naga yang semakin meruncing kini.

Pengarahnya, Zaki Mokhri berkata, tindakan pemutihan perlu dilaksanakan bagi memastikan nelayan mengetahui keburukan penggunaan bubu tersebut.

“Jabatan akan mengambil langkah pemutihan bahawa bubu yang mempunyai lebih daripada dua injap dikira sebagai menyalahi undang-undang dan nelayan perlu mengikuti kriteria ditetapkan,” katanya pada majlis ramah mesra dan pemberian tong isolasi kepada 60 nelayan sekitar Kampung Dew di sini hari ini.

Katanya lagi, penggunaan bubu naga dilaporkan banyak berlaku di kawasan Larut Matang dan Pantai Remis.

Nelayan bagaimanapun disaran supaya meningkatkan kesedaran dan ilmu mengenai kesalahan penggunaan bubu naga.

“Sekiranya pemutihan dilakukan jika nelayan masih tidak sedar tentang keburukan bubu naga tetap tindak memberi sebarang kesan.

“Kesedaran nelayan itu penting pemahaman perlu ditingkatkan bahawa bubu naga merosakkan sumber ikan walaupun sudah lama kita tekankan ia tetap berlaku,”katanya.

Malah katanya, pencerobohan bot pukat Apollo juga turut menjejaskan nelayan pantai kini dan semakin berleluasa.

“Pencerobohan memang satu kesalahan dan mengikut perundangan mereka boleh ditangkap akan digantung lesen namun disebabkan jabatan kekurangan daripada segi bot pemantauan kami akan terus bekerjasama dengan pihak Polis Marin bagi rondaan,” katanya.

Katanya, penggunaan pukat Apolo dikawasan dibawah lima batu nautika yang ditetapkan menjadi kesalahan malah merosakkan sumber dan peralatan nelayan tradisi.

Terdahulu Jabatan Perikanan Perak memperuntukkan sejumlah RM181,000 bagi pemberian tong ais penyimpanan ikan kepada 360 nelayan terpilih di seluruh negeri ini.

Penyerahan tong tersebut melibatkan nelayan sungai dan nelayan zon A yang diberi dua buah tong 100 liter untuk menjaga kualiti ikan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");