Berita Hari Ini

JAKIM: Tak Dibubar, Kerajaan Hasrat Jadikan Lebih Efisyen

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak berhasrat untuk membubarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) namun peranan dan struktur akan dikaji semula bagi memperkasakan lagi kedudukannya sebagai agensi agama peringkat persekutuan

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dr Fuziah Salleh berkata, kerajaan juga berhasrat untuk menjadikan JAKIM lebih efektif dan efisyen pada masa hadapan.

“Usaha untuk memperkasakan dan memartabatkan Islam dari semua sudut sememangnya menjadi keutamaan kerajaan.

“Ia selaras dengan Perkara 3 (1) Perlembagaan Persekutuan yang menetapkan Islam sebagai agama persekutuan dan agama lain bebas diamalkan,” katanya ketika menjawab soalan Tan Sri Annuar Musa (BN-UMNO Ketereh) di Dewan Rakyat, hari ini, sebagaimana dilaporkan BH Online.

Dalam pada itu, Fuziah turut mencetuskan suasana hangat ketika menjawab soalan tambahan daripada Annuar mengenai isu maksud Hifzuddin oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa.

Fuziah menegaskan kenyataan menterinya sudah diputar belit oleh pihak media.

“Hifzuddin yang dimaksudkan oleh Menteri adalah kita perlu menjaga agama (Islam) tetapi pada masa sama perlu melakukan “engagement’ dengan agama lain

“Ini kerana sebelum ini, agama Islam seolah-olah menyisihkan agama lain,” katanya.

Annuar yang tidak berpuas hati kemudiannya bangun mencelah dah menegaskan penerangan itu berlawanan dengan maksud sebenar toleransi agama.

Sementara itu, menjawab soalan tambahan Hasanuddin Mohd Yunus (PH-Amanah Hulu Langat) mengenai pendirian kerajaan terhadap Institut Kajian Strategik Islam Malaysia (IKSIM) pula, Fuziah berkata, peranan institusi itu akan dikaji semula.

“Permohonan dana IKSIM turut dibekukan ketika ini sehingga kita bersihkan dan nilai semula kedudukan mereka sama ada akan menukar lembaga (pengarah), teruskan atau bubarkan,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");