Berita Hari Ini

Jamal Ditahan POLRI

KUALA LUMPUR: Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Yunos, ditahan Polis Negara Republik Indonesia (POLRI) pada jam 6.15 petang tadi.

Penangkapan Jamal diumumkan Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dalam satu kenyataan sebentar tadi.

Muhyiddin berkata, POLRI sudah menghubungi Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menyelaras urusan membawa Jamal pulang.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Pemerintah Republik Indonesia, khususnya Polis Negara Republik Indonesia atas bantuan mereka,” katanya.

Pada 25 Mei lalu, Jamal menghilangkan diri dari tahanan di Hospital Ampang Puteri sebelum urusan dokumentasi jaminan mahkamah terhadap dirinya selesai.

Beliau sebelum ini didakwa atas tuduhan melakukan mudarat awam dengan memecahkan sejumlah botol arak, tahun lalu.

Jamal bagaimanapun mendakwa berlaku salah faham berhubung proses ikat jaminnya di hospital itu dan menyangka proses berkenaan sudah selesai sebelum beredar keluar untuk ke Tabung Haji bagi mengeluarkan wang.-BH

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");