Membawang Hari Ini

Jangan Beri Tekanan Pada Ziana: Erra Fazira

PELAKON dan penyanyi Erra Fazira menasihatkan semua orang agar tidak memberi tekanan kepada rakan baiknya, Ziana Zain yang baru sahaja bercerai minggu lalu.

Jelas Erra, Ziana pasti mempunyai alasan yang kukuh sehingga terpaksa mengambil keputusan berat itu.

“Kita tidak berada pada tempatnya jadi saya berharap agar orang ramai dapat menghormati keputusan yang dibuat dan tidak memberi sebarang tekanan pada Ziana.

“Ini kerana sudah pasti Ziana tahu apa yang terbaik untuk dirinya dan anak-anak. Sebagai orang luar, lebih baik kita mendoakan kebahagiaannya,” katanya kepada Astro Gempak.

Erra juga yakin bahawa Ziana tidak keseorangan kerana dia mempunyai keluarga, anak-anak dan rakan yang jadi pemangkin semangatnya.

Perkahwinan Ziana dan Armin dikurniakan empat cahaya mata iaitu Muhammad Aiman, 19, Muhammad Ammar, 14, serta pasangan kembar, Muhammad Ariel dan Siti Nur Kaseh, 9.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");