Berita Hari Ini

Jho Low, Eric Tan Masih Dikehendaki Singapura

Ahli perniagaan, Jho Low, dan sekutunya Eric Tan Kim Loong, masih berada dalam senarai orang yang dikehendaki polis Singapura atas dakwaan pembabitan mereka dalam penyelewengan dana 1MDB.

“Setakat hari ini waran tanggap serta notis merah ke atas kedua-dua mereka masih berkuat kuasa.

“Low dan Tan tetap menjadi orang yang dikehendaki Singapura,” kkata seorang jurucakap polis Singapura seperti dipetik The Edge Markets hari ini .

Waran tangkap ke atas Jho Low dan Tan dikeluarkan pada April dan Mei 2016 melalui notis merah Interpol.

Sebelum ini Pengarah Urusan Pihak Berkuasa Kewangan Singapura Ravi Menon berkata negara itu masuk menyiasat transaksi membabitkan 1MDB.

Katanya Singapura “berminat” untuk menyoal siasat beberapa nama berhubung kes berkenaan. Bagaimanapun tiada nama didedahkan ketika itu.

Menurut Ravi Singapura dan Malaysia bekerjasama dalam siasatan berkenaan.

Singapura menyediakan maklumat daripada siasatan mereka kepada Putrajaya sejak 2015 dan kini tindakan untuk menangani kes berkenaan ditingkatkan selepas Pakatan Harapan berjaya membentuk kerajaan baru Malaysia pada 9 Mei lalu.

Semalam Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata Jho Low – atau nama sebenarnya Low Taek Jho – sudah berada di Macau ketika pihak berkuasa negara ini tiba di Hong Kong untuk menemuinya.

“Maklumat terkini yang polis tahu dia berada di Macau.

“Sebelum ini kami menghantar pasukan anggota ke Hong Kong tetapi sebaik saja mereka tiba, dia pergi ke Macau,” katanya.

Untuk rekod wilayah pentadbiran khas Macau tidak mempunyai perjanjian ekstradiri dengan mana-mana negara.-Mkini

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");