Berita Hari Ini

‘Jokowi Puji Saddiq, Anggap Beliau Menteri Smart’

JAKARTA – Selepas pertemuan dengan Menteri Belia dan Sukan Indonesia Imam Nahrawi, jadual Syed Saddiq Syed Abdu Rahman di Indonesa diteruskan dengan perjumpaan bersama Presiden, Joko Widodo.

Menteri Belia dan Sukan itu, dalam perkongsiannya hari ini berkata, apa yang menarik dalam pertemuannya bersama dengan Jokowi adalah beliau berpeluang menaiki kereta bersama.

Katanya, beliau dan Jokowi dalam satu kereta menuju ke Palembang untuk meninjau persiapan Sukan Asia.

“Saya bersama bapak Presiden yang juga merupakan idola saya dan idola anak muda Malaysia dan Indonesia,” kata Saddiq ketika berbual mesra dengan Jokowi dalam kereta berkenaan lapor Sinar Harian.

Video perjalanan Saddiq dengan Jokowi yang berdurasi 57 saat itu dikongsi beliau di Facebooknya.

Sementara itu, ketika Saddiq meminta Jokowi menyampaikan sedikit pesanan dalam pertemuan itu, Jokowi dalam nada tawa berkata ‘Saya satu mobil (kereta) dengan bro Saddiq’.

“Saya senang sekali ada menteri yang smart, cerdas dalam satu mobil dengan saya.

“Malaysia dan Indonesia sebagai satu saudara serumpun, marilah kita bersama-sama bekerjasama dalam segala bidang, pelaburan, perdagangan, hubungan tenaga kerja semua harus baik,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");