Berita Hari Ini

Kajian Harga Siling Tiket Penerbangan Domestik Selesai Bulan Ini

KUALA LUMPUR:Kajian penetapan harga tiket penerbangan domestik di negara ini pada musim perayaan dijangka selesai pada penghujung bulan ini.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata mekanisme penetapan itu akan ditambah baik dengan suatu kadar tambang tanpa mengenakan caj lain seperti surcaj bahan api.

“Cadangan berhubung langkah lain yang dapat digunakan untuk menurunkan harga tiket penerbangan pada musim perayaan akan dimuktamadkan bersama-sama dengan kajian terhadap harga tiket penerbangan sektor domestik.

“Pihak Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) akan mengemukakan hasil kajian serta cadangan penyelesaian kepada pihak Kementerian untuk pertimbangan.

“Manakala langkah-langkah untuk mengurangkan lagi kadar harga tiket penerbangan luar bandar dalam negeri Sarawak yang dikendalikan oleh MASwings akan dilaksanakan melalui mekanisma penetapan siling kadar tambang yang akan ditambah baik dengan penetapan satu kadar tambang tanpa caj-caj lain yang dikenakan oleh operator seperti surcaj bahan api,” katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat di sini hari ini lapor Astro Awani.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan Lau Kiong Yieng (PH-Lanang) yang bertanya apakah langkah kerajaan untuk memastikan harga tiket penerbangan domestik terutama pada musim perayaan tidak terlalu mahal.

Mengulas lanjut, Anthony berkata, penetapan harga siling juga merangkumi tiket penerbangan ke destinasi di luar bandar seperti yang dikendalikan oleh MASwings selaku operator.

Menjawab soalan tambahan yang diajukan Datuk Takiyuddin Hassan (PAS-Kota Bharu) berkenaan harga tiket penerbangan mahal meskipun bukan pada musim perayaan, Anthony menegaskan, pihaknya mengambil berat isu peningkatan keterlaluan harga tiket pada hari biasa terutama bagi penerbangan di Semenanjung Malaysia.

“Kita kena siasat secara menyeluruh mengenai implikasi harga tiket penerbangan, untuk mengetahui punca mengapa harga tiket mengalami peningkatan keterlaluan,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");