Sukan Hari Ini

Kami Cukup Cergas Menentang England – Zlatko Dalic

MOSCOW: Croatia cukup cergas untuk berdepan England di separuh akhir Piala Dunia walaupun terpaksa beraksi dalam masa tambahan dan penalti dalam dua perlawanan berturut-turut, menurut pengendali Zlatko Dalic.

Selepas menyingkirkan Denmark menerusi penentuan sepakan penalti di pusingan kedua, Croatia turut mengenepikan tuan rumah menerusi cara yang sama.

Mereka akan menentang England di Moscow awal pagi Khamis untuk memburu tiket ke final pada 15 Julai.

“Sudah pasti masih ada “tenaga” untuk menentang England,” kata Dalic lapor sumber Agensi.

Ketika England bermain 480 minit dan terbabit dalam satu penentuan penalti di Russia, Croatia beraksi lebih 30 minit dengan dua perlawanan terakhir di tentukan menerusi penalti.

Penjaga gol, Danijel Subasic memerlukan rawatan menuju penghujung masa sebenar ketika menentang Russia dipercayai akibat kecederaan hamstring namun mampu meneruskan perlawanan.

“Ini bukan berkenaan permainan yang cantik, ia adalah perjuangan. Pertarungan ke separuh akhir,” tambahnya yang kelihatan menangis selepas Croatia mengesahkan tiket ke separuh akhir sejak 1998. “Kami bernasib baik.”

Melihat kepada perlawanan England, jurulatih itu berkata: “Kami tidak mahu berhenti, kami akan cuba corak permainan terbaik.

“Kami mempunyai dua perlawanan lagi dan kami sangat bermotivasi.

“Kami memberikan semuanya. Ia pertarungan sekali lagi namun saya mempercayai pemain.”

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");