Membawang Hari Ini

Kasut Putih Tukar Hitam: Latih Anak Disiplin Atau Bergaya ke Sekolah Lagi Penting?

Sejak semalam, berita mengenai Kementerian Pendidikan membenarkan semua pelajar sekolah rendah dan menengah memakai kasut berwarna hitam mulai sesi persekolahan tahun hadapan mendapat perhatian dan topik bualan masyarakat.

Ada yang bersetuju dengan peraturan baru yang bakal dilaksanakan itu dan ada juga yang memberi pendapat sebaliknya.

Isu tersebut turut menarik perhatian pelawak dan pelakon popular Farouk Hussain, 48, yang mempersoalkan adakah undang-undang yang bakal dilaksanakan itu satu keputusan yang bijak? Pada padangannya, kurang tepat sekiranya peraturan itu diwujudkan disebabkan kehendak ibu bapa.

“Jika disebabkan kasut putih cepat kotor, maka anak-anak harus disiplinkan diri untuk mencuci… this is part of training ttg kebersihan.

“Juga ia melatih seseorang supaya bersikap tanggungjawab dari kecil lagi… ini sebahagian daripada pembentukan akhlak dan disiplin,” itu antara yang luahan penghibur yang mula mencipta nama menerusi Sinaran Pasport Kegemilangan! ini.

..

Status Farouk itu mendapat pelbagai reaksi daripada para pengikutnya. Ada yang sependapat dengan pengacara program Warung Kita ini dan ada juga yang berkongsi pengalaman dan memori ketika di zaman persekolahan berkaitan perihal kasut kotor.

..

Pada salah satu komen balas kepada pengikutnya, Farouk tetap mempertahankan pandangannya bahawa penggunaan kasut putih sekaligus dapat mendidik anak-anak lebih bertanggungjawab.

“Tanggungjawab peribadi tak penting lagi…bergaya dan style ke sekolah lg penting… Berbeza dgn dahulu… Sbb itu budak2 skrg kurang jati diri & kurang tanggungjawab sbb terlalu dimanjakan… Ketahanan diri dah kurang… Bukan semua tapi kebanyakkan… It is how we train and prepare our children to become a person of responsibility, discipline & dedicated in every aspect of life…,” katanya.

..

Terdahulu, media melaporkan Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik mengumumkan semua pelajar sekolah tidak lagi perlu memakai kasut berwarna putih, sebaliknya ia ditukar kepada warna hitam.

Peraturan itu dibuat selepas mengambil kira pandangan dan keluhan ibu bapa dan penjaga selain meningkatkan keceriaan pelajar.

“Mulai sesi tahun depan, semua pelajar (sekolah kebangsaan dan menengah) akan pakai kasut warna hitam,” katanya ketika menjadi panel sebuah program Bicara Minda Bersama Menteri.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");