Perak Hari Ini

Kaunter Sumber Manusia Bakal Diperluaskan Ke Seluruh Negeri

IPOH: Kementerian Sumber Manusia dijangka memperluaskan lagi Kaunter Khidmat Rakyat ke seluruh Perak, khususnya dikawasan tumpuan orang ramai.

Bagaimanapun, Menteri Sumber Manusia, M Kulasegaran berkata, ianya masih diperingkat ‘pilot project’.

Jelasnya, sekiranya projek berkenaan mendapat sambutan, cadangan memperluaskan khidmat kaunter tersebut dijangka dilakukan dalam tempoh tiga bulan lagi.

“Jika orang ramai ada meminta supaya dibuat pada hari sabtu dan ahad serta mewujudkan di pasar-pasar awam, di seluruh kawasan, kita akan pergi.

“Dan ianya akan melibatkan semua jabatan-jabatan kerajaan yang berkaitan.

“Kita mahu usaha ini dapat memberi input kepada orang ramai selain membantu masyarakat yang berada dalam golongan B40 dan ke bawah,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada majlis perasmian Kaunter Khidmat Kementerian Sumber Manusia di Pasar Bercham, dekat sini, pada Ahad.

Kaunter tersebut merupakan yang keempat, semenjak dilancarkan pada 7 Julai lalu, selepas di Pasar Kampung Tawas, Pasar Buntong dan Pasar Besar Ipoh.

Pada minggu hadapan ia dijangka diadakan di kawasan Falim.

Pembukaan Kaunter Khidmat Kementerian Sumber Manusia itu bertujuan mendekatkan hubungan antara agensi-agensi yang berada di bawah kementerian dengan masyarakat setempat.

Agensi tersebut seperti Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), Jabatan Tenaga Kerja (JTK) serta Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP).

Antara perkhidmatan yang disediakan ialah pendaftaran majikan, bayaran caruman Perkeso secara atas talian, kaunter aduan dan permohonan Sistem Insurans Pekerjaan (SIP).

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");