Sukan Hari Ini

Kejayaan Juventus Pujuk Ronaldo Harus Beri Keyakinan Kepada Milan: Kaka

KEJAYAAN Juventus menyambar Cristiano Ronaldo harus menyuntik keyakinan kepada AC Milan untuk kembali meniti kegemilangan selepas melalui tempoh buruk dalam sejarah mereka, menurut legenda kelab Serie A itu, Kaka.

Meskipun merupakan salah sebuah kelab gergasi di Itali, Milan melalui beberapa tahun yang sukar, gagal untuk merebut tempat dalam Liga Juara-Juara (UCL) sejak kempen 2012-13.

Sejak itu, pencapaian terbaik Milan adalah dengan meraih tempat keenam selama dua musim terakhir, tambahan pula mereka berdepan masalah kewangan.

Harapan mereka untuk merapatkan jurang dengan juara, Juventus, pudar berikutan kehadiran pemenang Ballon d’Or, Ronaldo, namun Kaka — yang berkhidmat selama tujuh tahun di Milan dalam dua perpindahan — menawarkan pandangan yang lebih optimis.

Pemain dari Brazil itu berpendapat, Milan sebaliknya perlu menggunakan penghijrahan itu sebagai inspirasi dan bukti bahawa prestasi suram kelab itu tidak akan kekal.

“Saya lebih suka melihat sisi positif (mengenai penghijrahan Ronaldo),” kata Kaka kepada Omnisport, sebagaimana dilaporkan Stadium Astro.

“Perkara ini harus menjadi contoh buat Milan. Walaupun melalui tempoh yang negatif, mereka mungkin akan kembali digeruni.

“Mereka perlu memanfaatkan masa ini atas perhatian diberikan terhadap bola sepak Itali.

“Cristiano Ronaldo membawa banyak perkara bagus kepada bola sepak Itali. Media, penaja dan penyokong ingin melihatnya selain kelab-kelab di Itali.

“Untuk bola sepak Itali, saatnya untuk memanfaatkan pemain ini.”

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");