Jenayah

Kemalangan: ADUN Balakong Maut

KUALA LUMPUR: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balakong, Ng Tien Chee maut dalam kemalangan di Kilometer 11.7 Lebuhraya Grand Saga.

Mangsa dipercayai dari arah Kuala Lumpur menghala ke Kajang.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yusoff mengesahkan kejadian berlaku pada jam 12.40 pagi.

Siasatan awal mendapati mangsa yang memandu kenderaan SUV jenis Nissan x-Trail melanggar bahagian belakang lori milik syarikat konsesi lebuhraya berkenaan memetik sumber Astro Awani.

Sementara itu, Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari turut mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang.

Beliau turut menyatakan kesedihan apabila menerima berita tersebut.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 lalu, Ng mengalahkan dua pencabar, Lim Chin Wah (BN) dan Mohamad Ibrahim Ghazali (PAS), dengan kelebihan 35,538 undi.

Ng memperoleh 41,768 undi berbanding Lim (5,875 undi) dan Mohamad Ibrahim (6,230).

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");