Perak Hari Ini

Kepincangan Urus Tadbir Kerajaan Terdahulu Beri Kesan Buruk Pada GLC

IPOH:Kesilapan urus tadbir pentadbiran Kerajaan terdahulu mengakibatkan sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di Perak terpaksa menanggung kerugian sehingga tidak mampu membayar gaji hampir 100 pekerjanya pada penghujung bulan ini.

Menteri Besar Perak Ahmad Faizal Azumu berkata GLC ini dikesan telah menggunakan kaedah pembiayaan bersyarat (dengan kemudahan overdraf) dengan pihak bank hingga mengakibatkan masalah tersebut ditanggung oleh pihak pengurusan pentadbiran terkini iaitu Kerajaan Pakatan Harapan.

“Ia berkait kenyataan Bekas presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak kalau UMNO tidak lagi memerintah negara ini orang Melayu akan jadi bangsat.

“Tetapi hari ini di negeri Perak lihatlah hasil daripada apa yang telah pentadbiran UMNO lakukan pada GLC ini hingga tidak mampu membayar gaji akibat daripada sikap boros atau pentadbiran yang lebih kepada kemungkaran hingga mengakibatkan keadaan berlaku seteruk ini.

“Saya ingin memberi peringatan kepada pihak yang dahulunya taksub dengan kepimpinan orang ini bahawa melayu tak bangsat dengan kalahnya UMNO tetapi Melayu telah jadi bangsat kerana UMNO,” katanya dalam satu sidang media hari ini.

Beliau menzahirkan rasa kesal dengan keadaan yang berlaku kerana tindakan untuk mengurangkan bebanan kewangan ditangung GLC itu akan mengakibatkan sebilangan besar pekerja terpaksa diberhentikan.

“Bagaimanapun ramai pihak yang akan terjejas periuk nasi mereka akan terganggu jadi kita perlu mencari jalan penyelesaian dengan membayar gaji dan meneliti semula beberapa perjanjian.

“Sekiranya ada ketirisan di situ kita boleh adakan rundingan semula supaya langkah itu mendatangkan keuntungan kepada syarikat lantas membantu mengurangkan beban syarikat,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");