Perak Hari Ini

Kerajaan Negeri Bakal Adakan Perbincangan Dengan RAC

KUALA KANGSAR: Kerajaan Negeri Perak dijangka mengadakan pertemuan dengan Perbadanan Aset Keretapi (RAC) bagi membincangkan hal-hal berkaitan pembangunan dan penambahbaikkan kawasan kereta api sama ada yang telah ditinggalkan mahupun yang masih beroperasi, di seluruh negeri.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Tan Kar Hing berkata, ia sebagai salah satu langkah dalam memperkasakan industri pelancongan Perak.

Jelasnya, ia termasuk kawasan persekitaran Jambatan Victoria, Karai, di sini, serta Stesen Keretapi Tanah Melayu (KTM) Ipoh.

“Ia termasuk kuaters dan juga landasan yang bukan hanya di Karai malah di Ipoh yang mana dahulunya ada sebuah hotel yang cantik, namun kini ia terbiar sekian lama.

“Kita akan bawa perkara ini dalam perbincangan dan kita akan melihat secara umum di seluruh Perak di mana jika terdapat isu-isu pertindihan yang berkaitan dengan perbadanan tersebut,” katanya.

Selain itu, tambah Kar Hing, pihaknya dijangka akan mengadakan pertemuan dengan RAC seawal minggu hadapan.

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam satu siri lawatan kerjanya ke Jambatan Victoria, Karai dan acara perasmian Victoria Eco Adventure (VAP), dekat sini, pada Isnin.

Ketika berucap merasmikan majlis, Kar Hing berharap pihak yang membangunkan kawasan tersebut dapat meneruskan usaha mereka selain berharap ianya akan dapat membantu membawa masuk lebih ramai pelancong ke Perak.

Pada perkembangan sama, Pengurus Besar VAP,  Siti Norlizawati Narawi turut berharap agar kerajaan negeri dapat membantunya dalam menjadikan Jambatan Victoria, Karai sebagai tarikan pelancongan utama di Bandar DiRaja tersebut.

“Kita sedang merancang untuk mewujudkan pasar terapung dan kepelbagaian aktiviti malam di sekitar Jambatan Victoria,” ujarnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");